Pemandangan Mesjid UiTM Terengganu Kampus Dungun pada 17 Januari 2009.



Apa yang dilihat di sini adalah pembinaan dan pengubahsuaian Pusat Hidayah menjadi sebuah mesjid. Telah tiba masanya Pusat Hidayah diperbesar dan diperindahkan. Jumlah pelajar yang semakin bertambah menjadikan mesjid satu keperluan yang mendesak. Lebih-lebih lagi mesjid UiTM juga merupakan tempat ibadah bagi masyarakat kampus dan sekitarnya.
Buat masa sekarang, pelajar terpaksa menggunakan surau kolej Tenggol sebagai tempat ganti atau mesjid sementara. Walaupun ianya tidak selesa terutamanya pada hari Jumaat, kita warga kampus hendaklah bersabar. Adalah menjadi harapan mesjid baru ini dapat disiapkan segera.
"Berkumandang suara Azan"
No comments:
Post a Comment