Kursus Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS) telah berlangsung pada 22 - 23 Disember 2008. Prof. Madya Ismail Hassan dan saya telah diamanahkan untuk melatih dan menyediakan pelajar-pelajar yang terpilih, khusus bagi membantu melancarkan Program Minggu Mesra Siswa sesi Disember 2007 - Mei 2008 yang akan bermula pada 26 hingga 30 Disember 2008.
Kursus dua hari ini telah diisikan dengan belbagai aktiviti yang padat, dengan harapan ianya akan membantu PMMS menjalankan tugas dengan cekap, sempurna dan mencerminkan wawasan UiTM Keseluruhannya.



Gambar di atas menunjukkan kesungguhan pelajar dalam menyanyikan lagu-lagu UiTM. Apa yang ditekankan adalah penghayatan kepada senikata lagu tersebut. Walaupun kami memberitahu pelajar bahawa aktiviti ini adalah berunsurkan "FUN" tetapi mereka diingatkan bahawa matlamatnya adalah untuk menyedarkan pelajar supaya tidak menjadi warga yang sentiasa meminta-minta tetapi gunalah kesempatan untuk berbakti untuk UiTM, bangsa dan negara.
Ada aktiviti yang dijalankan dalam bentuk kumpulan dan juga dalam bentuk fizikal di mana pelajar perlu menunjukkan mereka cekal dalam mengharungi cabaran getir seperti permainan yang ditunjukkan di atas.









Gambar di atas menunjukkan pelajar tekun menghasilkan buah fikiran dalam satu daripada akitiviti kumpulan yang dijalankan. Mereka diingatkan bahawa perbincangan mestilah dinamis di mana semua ahli pasukan mestilah terlibat dan hasil perbincangan akan dibentangkan kepada semua kumpulan yang ada. Aktiviti ini telah melahirkan pelajar yang 'confident' dan berani ke hadapan untuk menyuarakan pandangan mereka.



Pada keseluruhannya pelajar memberi feedback yang baik dan mengatakan ianya adalah menarik dan telah menyedarkan mereka. Pelajar tidak lagi berminat dengan ceramah seperti kursus terdahulu, sebaliknya inginkan "input" dalam bentuk penglibatan. Bagi pelajar dari Kampus Cendering, mereka merasa amat berpuas hati kerana sebelum ini mereka merasa tersisih. Kali ini mereka merasakan sebagai entiti keluarga UiTM.
Semoga pelajar kita berjaya.
"Kamulah Warisan Bangsaku"
No comments:
Post a Comment