Friday, December 26, 2008

Minggu Mesra Siswa

Pada 26 Disember 2008 telah bermula Minggu Mesra Siswa sesi Disember 2007 - Mei 2008.  Saya telah ditugaskan sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pelajar dan Pemantauan Program.  Di bawah adalah artikel berbentuk pelaporan hari pertama MMS ini.  

Petugas hari ini adalah:
1.   Tuan Haji Dr. Mohd Faiz Burhanuddin
2.   Encik Mohamad Kamil Ariff Khalid
3.   Tuan Sharifah Roshasilah Syed Abdullah
4.   Encik Mohamed Ishak Badarudin












Proses Pendaftaran bermula seawal 8 pagi di tiga tempat yang telah ditentukan iaitu di Dewan Makan Kolej Tenggol, Dewan Makan Kolej Redang dan di perkarangan Kolej Perhentian. Sepintas lalu, proses berjalan lancar disemua kawasan.  Kedatangan ibubapa lebih ramai bermula jam 10 pagi.  Semua urusetia PMMS bertugas dengan baik di mana setiap pasukan menjalankan tugas yang diamanahkan.  

Gerai barangan dibuka di Kolej Redang di mana pelajar baru boleh membeli peralatan yang diperlukan dengan kos yang berpatutan.  Ini termasuk bantal dan juga basikal.












Gambar di atas menunjukkan senario di Kolej Perhentian di mana suasana adalah tenang dan pendaftaran berjalan dengan lancar.  Petugas dan urusetia juga kelihatan ceria dan mesra pelanggan.











Lalu lintas juga lancar dan terkawal.  Tiga laluan masuk dibuka dan setiap satu dikawal oleh unit Keselamatan dan urusetia MMS.  Tiada insiden lalulintas yang dilapurkan dan ini adalah baik berbanding dahulu di mana kesesakan lalu lintas sukar dikawal.   












Gambar di atas menunjukkan suasaan pengurusan pendaftaran pelajar baru (siswa) yang berlangsung di Dewan Makan Kolej Tenggol.  Ianya berjalan dengan lancar dan teratur. Pelajar menerima kunci bilik dan peralatan yang diperlukan dan mereka terus menghantar barangan ke bilik masing-masing diiringi oleh keluarga tersayang. Ibubapa juga disediakan sarapan dan juga tempat untuk menunggu.












Selesai sahaja proses pendaftaran Kolej, pelajar berkumpul untuk menunaikan solat Asar.  Pelajar siswi bersolat di surau Kolej Perhentian dan Redang dan pelajar siswa pula di Mesjid sementara di Surau Kolej Tenggol.  Waktu solat Maghrib pula, pelajar siswi telah dihantar ke surau Kolej Tenggol dengan Bas UiTM.












Mulai jam 9 malam, pelajar baru dibawa berkumpul ke Dewan Aspirasi.  Encik Mohamad Taufik Ithnin (Penyelaras PMMS dan MMS) dan Puan Noor Shahrulniza Sau Hamid (AJK Pendaftaran Pelajar) saudara Muhamad Farhan Yaacob (Pengarah PMMS) telah berada di Dewan memberikan taklimat.  Dari pemerhatian dan laporan Urusetia, proses taklimat berjalan lancar dan tersusun.  

Di luar dewan, PMMS telah mengadakan post mortem sementara PMMS bahagian medic dan penempatan menguruskan pelajar baru di dalam dewan.

Keseluruhannya, proses pendaftaran pelajar baru MMS pada hari pertama telah berjalan dengan sempurna.  Walaubagaimanapun, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak HEP.  
1.   PMMS perlu mempunyai tag pengenalan diri selain vest yang dipakai.  Ini adalah kerana, ia akan memudahkan pelanggan untuk mengenali petugas, terutama jika pelanggan ingin bertanyakan sesuatu.
2.   PMMS mestilah menunjukkan kemesraan kepada pelanggan dengan memberi "greetings", umpamanya, ucapan selamat datang dan keramahan dari pertuturan dan senyuman.  Ada kalangan urusetia yang kelihatan pasif.
3.   Jika inginkan pengesahan dokumen, boleh tetapkan pegawai untuk tugas tersebut dan jika masa mengizinkan.
4.   Jadual program hendaklah diprintkan dan disertakan bersama jadual tugas RS.  Menghantarkannya melalui Lotus Notes mungkin tidak berhasil kerana bukan semua RS mempunyai akses kepada Lotus Notes. 
5.   RS hendaklah diingatkan (sepatutnya dah tahu) untuk bersedia bertugas sewaktu MMS.  Jika tiada di kampus, mereka hendaklah memaklumkannya.

Semoga esok menjanjikan kebaikan yang bertambah.


"UiTM Di Hatiku"

Kursus PMMS

Kursus Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS) telah berlangsung pada 22 - 23 Disember 2008.  Prof. Madya Ismail Hassan dan saya telah diamanahkan untuk melatih dan menyediakan pelajar-pelajar yang terpilih, khusus bagi membantu melancarkan Program Minggu Mesra Siswa sesi Disember 2007 - Mei 2008 yang akan bermula pada 26 hingga 30 Disember 2008.

Kursus dua hari ini telah diisikan dengan belbagai aktiviti yang padat, dengan harapan ianya akan membantu PMMS menjalankan tugas dengan cekap, sempurna dan mencerminkan wawasan UiTM Keseluruhannya.











Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah yang lebih memfokuskan kepada nilai-nilai positif yang perlu ada kepada role model. Di antara nilai-nilai yang diketengahkan adalah seperti, pentingnya pengurusan masa, kecekalan, disiplin diri, bekerja dalam pasukan, kepimpinan dan sebagainya.

Gambar di atas menunjukkan kesungguhan pelajar dalam menyanyikan lagu-lagu UiTM.  Apa yang ditekankan adalah penghayatan kepada senikata lagu tersebut.  Walaupun kami memberitahu pelajar bahawa aktiviti ini adalah berunsurkan "FUN" tetapi mereka diingatkan bahawa matlamatnya adalah untuk menyedarkan pelajar supaya tidak menjadi warga yang sentiasa meminta-minta tetapi gunalah kesempatan untuk berbakti untuk UiTM, bangsa dan negara.

Ada aktiviti yang dijalankan dalam bentuk kumpulan dan juga dalam bentuk fizikal di mana pelajar perlu menunjukkan mereka cekal dalam mengharungi cabaran getir seperti permainan yang ditunjukkan di atas.  











Gambar di atas menunjukkan pelajar tekun menghasilkan buah fikiran dalam satu daripada akitiviti kumpulan yang dijalankan.  Mereka diingatkan bahawa perbincangan mestilah dinamis di mana semua ahli pasukan mestilah terlibat dan hasil perbincangan akan dibentangkan kepada semua kumpulan yang ada.  Aktiviti ini telah melahirkan pelajar yang 'confident' dan berani ke hadapan untuk menyuarakan pandangan mereka.











Pada keseluruhannya pelajar memberi feedback yang baik dan mengatakan ianya adalah menarik dan telah menyedarkan mereka.  Pelajar tidak lagi berminat dengan ceramah seperti kursus terdahulu, sebaliknya inginkan "input" dalam bentuk penglibatan.  Bagi pelajar dari Kampus Cendering, mereka merasa amat berpuas hati kerana sebelum ini mereka merasa tersisih.  Kali ini mereka  merasakan sebagai entiti keluarga UiTM.  
Semoga pelajar kita berjaya.

"Kamulah Warisan Bangsaku"